KUALA LUMPUR: Batik Air mengumumkan penggantungan operasi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (SAW) di Istanbul, Turki, berkuat kuasa 1 Mei 2024.
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Asia Barat yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Menurutnya, cabaran dihadapi itu membuatkan syarikat tersebut terpaksa mengambil keputusan sukar dengan menggantung operasi ke lapangan terbang berkenaan.
Tambahnya, keputusan itu dibuat selepas meneliti keadaan semasa dan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta anak kapal sentiasa terjamin.
Batik Air akan memaklumkan penggantungan tersebut kepada penumpang terjejas melalui e-mel dan teks.
Bagi urusan bayaran balik pula, syarikat tersebut meminta mereka yang terjejas melayari laman web syarikat untuk memohon bayaran balik.
“Pasukan ini tetap komited untuk memastikan keselamatan dan keselesaan penumpang kami di semua laluan.
“Kami akan terus memantau keadaan dengan teliti dan memberikan kemas kini dalam masa terdekat,” menurut kenyataan tersebut.
Ridauddin Daud
Fri Apr 19 2024
Batik Air akan memaklumkan penggantungan tersebut kepada penumpang terjejas melalui e-mel dan teks. - Gambar fail
LPB: KKR mohon peruntukan tambahan RM1 bilion bagi selenggara 'redline'
Kementerian Kerja Raya akan memohon peruntukan RM1 bilion bagi menyelenggara laluan redline melibatkan projek Lebuhraya Pan Borneo.
Menu chef Sarawak dan nasi lemak dapat sambutan hangat di acara gastronomi Rusia
Pertandingan masakan itu adalah sebahagian daripada KazanForum 2024 yang diadakan dari 14 Mei hingga 19 Mei.
Intip ICC: Ahli Parlimen Belanda gesa siasatan dijalankan ke atas Israel
Usaha-usaha berkenaan dilaporkan bertujuan untuk mengganggu siasatan mengenai jenayah perang yang dilakukan di Wilayah Palestin.
Bersatu padu, bekerjasama jaga keamanan dan kestabilan negara - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah menyeru semua pihak untuk terus bersatu padu dan bekerjasama dalam menjaga keamanan dan kestabilan negara.
AWANI Ringkas: Pembunuhan Zayn Rayyan terlalu awal untuk spekulasi - Peguam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan Thailand lulus langkah baharu untuk tingkat sektor pelancongan
Thailand mengumumkan langkah baharu untuk memudahkan sektor pelancongan, membolehkan pelancong Malaysia masuk tanpa visa dengan tempoh penginapan sehingga 60 hari.
Gunung Ibu terus aktif, meletus sekali lagi
Gunung Ibu di pulau terpencil Halmahera terletak di Maluku Utara, Indonesia sekali lagi dilaporkan meletus pada jam 11.03 pagi waktu tempatan.
China kuatkuasa undang-undang kurangkan kebergantungan import
Undang-undang keselamatan makanan pertama diperkenalkan China bertujuan mencapai 'sara diri mutlak' bagi bijirin makanan ruji, berkuat kuasa hari ini.
PM Kanada nyatakan sokongan ke arah gencatan senjata
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau menyokong cadangan gencatan senjata di Gaza seperti dikemukakan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
Pulau Pinang sambut penerbangan terus pertama Juneyao Airlines dari Shanghai ke Malaysia
Pulau Pinang meraikan ketibaan penerbangan terus pertama dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong yang dikendalikan Juneyao Airlines.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Standard KLIA diharap lebih tinggi seiring kenaikan caj lapangan terbang - Batik Air
Batik Air menyokong semakan PSC, yang dilihat sebagai pelaburan penting diperlukan.
Tiket dibeli sebelum tarikh semakan semula PSC akan berasaskan kepada kadar semasa - Batik Air
Batik Air memberi jaminan kepada penumpangnya bahawa tiket yang dikeluarkan sebelum semakan semula PSC yang berkuat kuasa pada 1 Jun, 2024, adalah berdasarkan kepada kadar PSC semasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Batik Air diberi amaran keras susulan insiden juruterbang tertidur semasa penerbangan
Kementerian Pengangkutan Indonesia memberi amaran keras kepada Batik Air susulan insiden juruterbang dan pembantu juruterbang syarikat penerbangan komersial itu tertidur semasa penerbangan.
Juruterbang Batik Air tertidur di tengah penerbangan
Seorang juruterbang dan pembantunya didapati tidur serentak selama kira-kira 28 minit semasa penerbangan Batik Air dari Sulawesi Tenggara ke Jakarta pada 25 Januari lalu.
Batik Air lebarkan sayap, mula terbang ke Batam
Batik Air melebarkan sayapnya menerusi laluan baharu ke Batam, Indonesia dari Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bermula Jumaat lalu.
Laluan baharu Batik Air Batam-KL rancakkan pelancongan Malaysia-Indonesia
Indonesia merupakan pasaran pelancongan utama untuk Malaysia berdasarkan hubungan budaya dan ketersambungan yang dikongsi bersama.
Penggabungan Mavcom, CAAM akan dibawa ke Parlimen tahun ini - Loke
Loke berkata perkara itu dijangka dibawa ke Parlimen tahun ini, sama ada pada sesi kedua atau ketiga.
Penambahan kapasiti penerbangan domestik bantu kerajaan stabilkan harga tiket penerbangan
Syarikat penerbangan harus tingkatkan persiapan bagi menghadapi pertambahan penumpang yang dijangka akan mencapai tahap seperti pra COVID-19